Aksi manja Puteri Erma, isteri Aril Pilus ketika bercuti di Perth Australia [5 Gambar]

Aksi manja Puteri Erma, isteri Aril Pilus ketika bercuti di Perth Australia - Pasangan yang baru berkahwin pada 20 Disember tahun lalu, Aril Pilus dan Puteri Erma Edlinda mencuri sedikit masa dari kesibukan kerjaya mereka untuk meluangkan masa berbulan madu di Perth, Australia.



Puteri Erma yang bekerja sebagai pramugari Saudi Arabian Airlines, kini menetap di Jeddah dan jarang sekali dapat bersama-sama dengan suami tercinta yang juga penyampai radio terkenal ERA fm.

Sejak isteri Aril mengambil keputusan untuk berhijab, penampilannya semakin manis dan anggun sehingga mempersonakan peminat dan penggiat-penggiat laman blog. Beliau bukan sahaja dianugerahkan wajah yagng jelita malah bentuk badan yang cantik dan langsing.

Ketika bercuti di Perth menerusi program Romantika Astro, pasangan ini tidak ketinggalan berkongsi foto-foto romantik mereka di laman Instagram. Beberapa keping gambar yang dikongsikan menarik perhatian penulis kerana terserlah gaya manja Puteri Erma yang amat memikat hati.